Monday 14 April 2014

SUSU MAKANAN PERTAMA DI DUNIA

Ini kerana setiap ibu menghasilkan susu yang tidak sama antara satu sama lain kerana antibodi, hormon,vitamin-vitamin dan garam mineral di dalam setiap susu ibu berbeza antara satu sama lain bergantung kepada keperluan bayi tersebut. Ajaib!sungguh ajaib jika difikirkan tentang proses pembentukan susu.Tiada kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi canggih yang boleh memproses darah merah serta zat-zat makanan menjadi susu putih.Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t.Yang Maha Mencipta.Daripada darah merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu bercampur dengan zat-zat makanan dari usus,kemudian diproses di kilang yang amat kecil berupa kelenjar-kelenjar di payudara ibu,seterusnya berupaya menghasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali. Semasa merawat kanak-kanak di klinik-klinik,biasanya kita akan mudah mengecam kanak-kanak yang diberi susu ibu daripada susu formula.Amat jelas dan ketara perbezaan mereka.Kanak-kanak yang menggunakan susu ibu kelihatan lebih sihat,aktif dan cepat berkembang,selain kulit mereka tegang dan licin.Namun kanak-kanak yang menggunakan susu formula biasanya kelihatan lemah dan pasif,malah kulit mereka biasanya menggerutu dan kendur.Hidung mereka biasanya tidak kering-kering dengan hingus sehingga kulit sekitar lubang hidung menjadi kemerah-merahan.Malahan mereka biasanya mempunyai banyak rekod perubatan kerana sering diserang penyakit seperti demam, selsema,batuk,cirit-birit dan jangkitan paru-paru. Penggunaan susu selain daripada susu ibu sudah tentu tidak dapat memenuhi keperluan seseorang bayi kerana banyak kandungan susu ibu yang tidak terdapat dalam mana-mana nutrisi yang lain. Contoh yang paling mudah ialah antibodi,iaitu agen untuk melawan serangan kuman. Majalah solusi keluaran tahun 2011 sebagai bahan rujukan tulisan saya.

No comments:

Post a Comment