Tuesday 22 April 2014

Suka Duka Pesakit Barah Payudara.

Teks : Hamidah  Saat

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger semua. Catatan saya kali ini lebih kepada pengalaman saya bersama pesakit barah payudara. Setiap kesakitan yang dirasakan hanya nama Allah yang diulang-ulang dan dipanggil. Mungkin dengan cara itu dapat meredakan sedikit kesakitan yang dirasakan. Cuba anda rasakan sakit bengkak susu yang sering dialami oleh ibu-ibu dalam pantang. Bagaimana??. Ya Allah! hanya Allah sahaja yang mengetahui. Telentang salah, mengiring salah dan semuanya tak kena.

Ibu zalehar mendapat barah payudara tahap ke-4, yang lebih dikenali tahap kritikal. Doktor pakar mengesahkan ibu zalehar hanya mampu bertahan untuk dua bulan sahaja. Ibu zalehar menerima dan redha diatas penyakitnya yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ibu zalehar masih boleh memberikan senyuman kepada anak-anak dan saudara-mara yang datang menziarahinya samada di hospital atau di rumah. Beliau benar-benar tabah menerima dugaan dari Allah s.w.t. Ya memang benar senyuman dapat mengurangkan rasa sakit dan dapat memberi semangat untuk terus melawan penyakit yang sedia ada. Ibu zalehar terus berperang dengan penyakitnya. Berbagai jenis ubat menjadi makanan hariannya terutama pil killer. Jika tidak beliau pasti tidak dapat menanggung kesakitan.

Walaupun begitu ibu zalehar mempunyai cara tersendiri agar kelihatan ceria dan cantik selalu. Beliau akan mengenakan pakaian yang indah-indah dan berdandan rapi walaupun hanya duduk di rumah. Beliau tidak mahu kelihatan seperti orang sakit. Itulah theraphy diri namanya. Ahli keluarga akan turut ceria dan bahagia melihat keadaannya. Beliau tidak sedikit pun menunjukkan kerisauan di wajahnya. Beliau menjalani rawatan kemotheraphy dan radiotheraphy di hospital JB dan KL. Abah Din akan menghantar ibu zalehar membuat rawatan. Kekadang terpaksa bermalam di KL kerana ibu zalehar terlalu lemah untuk dibawa pulang selepas rawatan. Perkara seperti ini sering berlaku kepada pesakit yang menjalani rawatan kemo atau radiotheraphy.

Alhamdulillah setelah beberapa kali barulah ibu zalehar biasa dengan kedua-dua keadaan. Rawatan demi rawatan dilakukan seperti yang telah dijadualkan dan ditetapkan oleh pihak hospital. Perubahan ketara apabila rambut dengan mudahnya gugur dan dalam jumlah yang banyak sekali. Isi kuku mula berubah warna kepada kehitaman. Ini adalah kesan pengecutan dan pembakaran sel-sel barah.

Kisah selanjutnya akan saya sambung di catatan akan datang.

No comments:

Post a Comment