Tuesday 15 April 2014

Matematik Iman ; 1 Nisbah 1000

Teks  :  Hamidah Saat


Kisah Benar 1

Pada satu hari,seorang kontraktor berhenti solat di sebuah masjid.Dia sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di utara tanah air.Dia mengambil sedikit masa berehat di ruang belakang masjid.Di sudut sebelah sana masjid,kelihatan anak-anak kecil leka belajar mengaji al-Quran. Daripada
pakaian yang kusam dapat diagak anak-anak itu daripada keluarga yang susah. Apa yang kaya pada mereka hanyalah kesungguhan dan nur iman yang beradu di wajah. Semua itu meruntun perasaan simpati dalam dada kontraktor itu. Sampai waktu rehat,anak-anak tersebut keluar berderu ke gerai kecil di luar
masjid. Lelaki ini turut pergi ke gerai tersebut.


"Ambillah.......petang ni pak cik belanja," ucap lelaki itu separuh berteriak kepada anak-anak yang berkerumun di muka gerai. Tak payah menunggu lama,pelawaan itu cukup menjadikan petang itu begitu
bermakna.....anak-anak itu makan sepuas hati."Encik, semua sekali RM34.70," kata peniaga gerai mengira harga makanan.

Kontraktor itu pun menyerahkan sejumlah wang seperti yang diberitahu oleh peniaga gerai kecil itu.
Kemudian berlalu untuk meneruskan perjalanan, meninggalkan di belakangnya wajah-wajah riang; seronok kerana dapat makan percuma. Mereka kembali menyambung mengaji. Selang beberapa minggu
kontraktor pemurah itu tadi dikejutkan dengan satu berita yang cukup besar buat dirinya. Dia terkedu. Dia berjaya mendapat satu projek bernilai RM347,000.00. Kelu lidah daripada sebarang bicara; hatinya menangis sedang meneroka kebesaran Allah Yang Maha Pemurah.


RM34.70 keluar dari dompetnya.... RM347,000.00 menderu masuk sederas angin kencang! Subhanallah.........


No comments:

Post a Comment