Sunday 13 April 2014

SUSU MAKANAN PERTAMA DI DUNIA

Assalammualaikum buat rakan blogger yg budiman.Syukur alhamdulillah di pagi Ahad ini terbuka hati saya untuk menulis dan berkongsi sesuatu dengan rakan semua.Rasanya tidak terlalu awal untuk mengucapkan ribuan terima kasih kpd rakan yg sudi membaca. Sungguh ajaib bukan jika kita fikirkan tentang pembentukan susu.Tidak terdapat langsung mana mana kilang yang mempunyai teknologi canggih yg boleh memproses darah merah serta zat zat makanan menjadi susu putih.Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t.Yang Maha Mencipta. Apabila lahir sahaja seseorang bayi ke dunia,dia mesti menyesuaikan tubuh badannya dengan alam kehidupan yang baru.Semasa di dalam kandungan,segala perlindungan dan bekalan makanan telah diberikan oleh ibunya melalui rahim dan juga plasenta(uri).Namun apabila dilahirkan,semua perlindungan tersebut telah terputus dan ia memerlukan sesuatu sebagai ganti untuk perlindungan diri mereka. SELEPAS DILAHIRKAN,TUGAS-TUGAS RAHIM DAN PLASENTA SEBENARNYA TELAH DIAMBIL ALIH OLEH MAKANAN PERTAMA YANG MEREKA MAKAN IAITU SUSU IBU. Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon di dalam badan ibu iaitu hormon prolaktin.Hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituitari di otak yang akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu.Semasa mengandung,hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin.Sebaik sahaja selepas bersalin,plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin pula terus meningkat.Peningkatan hormon ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seseorang bayi. Fenomena ajaib ini telah disusun oleh Allah s.w.t.supaya nutrisi yang sangat bernilai ini disediakan tepat pada masanya apabila bayi memerlukannya,iaitu sebaik sahaja selepas dilahirkan.Semasa di dalam kandungan,plasenta memainkan peranan untuk membekalkan segala nutrisi dan keperluan lain kepada bayi.Selepas dilahirkan,bayi akan terpisah dengan plasentanya dan Allah s.w.t. telah menggantikan dengan sesuatu yang baru sebagai sumber nutrisi mereka,iaitu SUSU IBU. Bagaimana darah merah menjadi susu putih?.Para saintis telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan satu formula nutrisi yang menyamai susu ibu,namun sehingga kini masih belum berjaya. InsaaAllah Saya akan sambung semula esok.Terima kasih untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment