Tuesday 15 April 2014

Matematik Iman ; 1 Nisbah 1000

Teks  :  Hamidah Saat


Kisah Benar 2


Seorang ahli perniagaan menabung wang untuk tujuan memperkukuhkan modal bisnesnya. Besar sekali
impian dan cita-cita mahu melihat perniagaannya berkembang maju. Dengan berdikit-dikit dia berjaya
mengumpul sejumlah RM19,000.00 di dalam akaunnya. Dengan simpanan itulah diharapkan dapat menjadi persediaan bagi sebarang kemungkinan di dalam dunia perniagaan.


Suatu hari, pihak surau di taman perumahannya berhadapan masalah kewangan bagi tujuan pembaikan
tempat ibadah itu. kerja-kerja baik pulih perlu dilakukan segera, apatah pula memandangkan bulan
Ramadhan yang hampir tiba. Memasuki bulan Ramadhan, sudah tentu surau itu akan meriah dengan pelbagai aktiviti ibadah. Hasil mesyuarat memutuskan anggaran kos pembaikan surau mencecah RM19,000.00. Dari mana mahu mendapatkan wang sebanyak itu dalam tempoh yang segera?. Keadaan
surau tidak memuaskan, bulan pesta ibadah sudah hampir tiba sedangkan wang yang diperlukan  masih
tidak mencukupi.


Masalah yang menjadi beban AJK surau itu turut difikirkan oleh ahli perniagaan yang sedang merancang-rancang membesarkan perniagaan dengan wang simpanannya. Jiwanya bergelut hebat; antara
keinginan untuk menderma dan kerisauan memikirkan bajet penambah baikan perniagaannya. Setelah
berfikir dan membuat pertimbangan, simpanan RM19,000.00 dikeluarkan daripada akaun dan diserahkan sebagai derma(sedekah) surau. Berkat sumbangan itu, jemaah dapat menunaikan solat terawih dengan selesa. Selang beberapa bulan, dia benar-benar terkejut kerana syarikatnya berjaya
terpilih dan memenangi tender terbuka bernilai sembilan belas juta ringgit!.


RM19,000.00 yang didermakan telah membawa 'pulangan keuntungan' daripada Allah s.w.t. berjumlah
RM19 juta. Habuan penuh berkat di dunia, sebelum menerima pahala di hari akhirat yang sudah pasti dalam jumlah lebih besar lagi.


Cermin ajaib : Doa malaikat setiap pagi.... "Ya Allah, jadikanlah bagi orang yang berderma gantian!".

No comments:

Post a Comment