Tuesday 22 April 2014

Sambungan kisah.......

Teks : Hamidah Saat

Ibu zalehar akan sentiasa memberitahu anak-anak dan ahli keluarga tentang perubahan yang berlaku pada dirinya. Walaupun begitu ibu zalehar masih boleh tersenyum dan bergurau bersama anak-anak dan cucu. Diketika ini ibu zalehar masih boleh makan seperti biasa. Beliau makan apa yang dihidangkan oleh anak-anak. Kami makan bersama, tetapi lidahnya tidak dapat merasakan kenikmatan masakan yang dimakan. Deria rasanya sudah berkurangan dan lidahnya bertukar warna kepada kehitaman. Berat badannya terus berkurangan dari sehari ke sehari.

Beliau sewaktu sihatnya memakai baju size L atau XL, tetapi kebelakangan ini telah bertukar ke size S atau M. Sehinggalah pada suatu hari ibu zalehar benar-benar lemah dan terlantar di atas katil. Beliau tidak lagi makan nasi tetapi sejenis susu yang hanya menggunakan tiub terus Ke salur makanan di tubuhnya. Percakapannya juga sudah tidak jelas didengar dan sukar difahami bunyinya. Ibu zalehar juga sudah memakai lampin pakai buang untuk membuang najisnya. Awalnya beliau merasa malu untuk diuruskan oleh anak-anak,tetapi lama-kelamaan beliau sudah dapat menerima hakikat bahawa beliau tidak berdaya untuk mengurus diri sendiri.

Abah Din telah mengupah seorang pembantu rumah warga Indonesia untuk mengurus dan menemani ibu zalehar semasa anak-anak keluar bekerja. Ibu zalehar sudah sering kali keluar masuk hospital. Terkini barah sudah menyerang tulang dan hati ibu zalehar. Dalam diam barah terus menyerang keseluruh bahagian badan. Sebab itu barah dipanggil "silent killer", membunuh mangsanya secara senyap dan perlahan. Doktor sudah berpesan sekiranya najis yang keluar sudah bercampur darah bermaksud saluran darah sudah pecah, aliran darah tidak sempurna kerana gangguan barah. Jika darah tidak dapat mengalir lama-kelamaan saluran darah akan pecah.

Setelah 2 malam saya dan suami bermalam di rumah ibu zalehar, kami mengambil keputusan untuk pulang menjenguk anak-anak yang kami tinggalkan bersama pembantu rumah. Ibu zalehar kini ditemani oleh anak-anak yang lain. Lebih kurang jam 6 pagi kami mendapat panggilan talipon yang ibu zalehar tidak tidak menunjukkan sebarang tindakbalas. Selepas solat subuh kami bergegas ke rumah ibu zalehar. Perasaan kami tidak karuan ketika itu. Sampai di sana kami terus meluru ke dalam bilik ibu zalehar. Kami memanggilnya beberapa Kali, ibu zalehar menyahut tanpa membuka mata. Ibu zalehar meminta kami membacakan surah yassin untuknya. Alangkah sedih........

No comments:

Post a Comment