Monday 12 May 2014

IBU.................

IBU KAULAH SEGALANYA........ TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKANKU. TERIMA KASIH AIR SUSUMU. TERIMA KASIH KERANA MENJAGA DAN MEMBESARKANKU. TERIMA KASIH SEGALA TUNJUK AJARMU. TERIMA KASIH SEMUA DUITMU. TERIMA KASIH PENGORBANANMU. TERIMA KASIH DI ATAS SEGALANYA. SELAMAT HARI IBU................

Anak............lahirmu membahagiakan ibu.

Ya Allah! Masyaa Allah !!! sakitnya tidak tertahan. Nak meraung segan dengan rakan-rakan sebelah katil. Macam saya sorang saja yang sakit, apahal pulak dengan yang lain. Walaupun kelahiran baby ketiga tetapi kesakitannya tetap sama aje. Semalaman saya tidak tidur menanggung kesakitan. Hingga keesokkan hari jam 6:00 pagi barulah doktor memanggil saya untuk bersiap sedia masuk ke bilik bersalin. "Ya Allah!! hanya engkau saja yang tahu akan kesakitan yang aku tanggung diketika ini". Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak sabar menunggu kelahiran ini, cepatlah lahir anakku. Ingatkan masuk bilik bersalin terus boleh keluar baby tetapi indah khabar dari rupa. Anak dalam kandungan didapati songsang disaat akhir. Doktor membetulkan kedudukan bayi kepada kedudukan asal. Macam-macam sakit yang aku rasakan di seluruh badan. Betul-betul tidak selesa. Ya Allah permudahkanlah pekerjaanku hari ini agar anakku selamat dan dapat melihat kebesaranmu. Kini pintu rahim telah terbuka sehingga 10cm. Inilah masanya untuk teran baby keluar. Ya Allah, hanya engkau yang tahu kesakitan ini. Akhirnya anakku lahir ke dunia ini selepas waktu asar. Syukur Ya Allah..........tetapi uri anakku tidak keluar bersama. Sekali lagi doktor memasukkan tangan ke dalam rahimku. Tetapi malangnya apabila rahim ditarik keluar terputus pula sebahagiannya. Ditakuti uri akan naik dan menutupi jantung doktor sekali lagi memasukkan tangan ke rahimku. Doktor sempatmpat meminta maaf kepadaku sebelum memulakan tugasnya. Ya Allah!! tak selesai lagi tugas doktor ni. Kali ni aku benar-benar tidak berdaya lagi untuk mengangkat kaki ,sehingga doktor terpaksa menyangkutkan kaki kananku di tiang bahagian kanan dan kaki kiri di tiang kiri. Masya Allah ..........sakitnya , tak sempat ubat bius nak mengalir di badanku , doktor dah memulakan tugasnya. Akhirnya doktor dapat mengeluarkan serpihan uri yang tertinggal. Aktiviti menjahit pula dilakukan oleh para jururawat. Sekali lagi kena menahan kesakitan. Segalanya ku terima dengan redha demi melahirnya anakku......Ifwat Haziq. Aku diberi minum air horlicks panas dan suntikan tidur agar aku dapat berehat secukupnya. Terima kasih pembaca.

Monday 28 April 2014

Tanggungjawab Suami Dan Isteri

Teks  :  Hamidah  Saat


Assalammualaikum buat rakan blogger semua. Untuk catatan kali ini saya suka kongsikan tanggungjawab suami dan isteri untuk membentuk keluarga bahagia.


Tanggungjawab suami kepada isteri:
- memberi mas kahwin / mahar
- memberi nafkah
- memberi didikan agama

Tanggungjawab isteri kepada suami:
- mentaati suami
- memelihara kehormatan
- menjaga harta suami
- memberi layanan yang baik
- tinggal di rumah suami

Tanggungjawab bersama:
- Memelihara dan mendidik anak-anak
- menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak
- Saling hormat menghormati
- Saling menasihati

Kesan pengabaian tanggungjawab suami isteri terhadap keluarga:
- Anak-anak terbiar
- Persefahaman tidak wujud
- Berlaku keruntuhan rumahtangga

Kesan kerukunan rumahtangga terhadap pembangunan umat:
- Melahirkan masyarakat yang harmoni
- Melahirkan generasi yang berpendidikan dan cemerlang
- Melahirkan pemimpin yang baik untuk masa akan datang.

Persiapan yang perlu ada kepada bakal suami dan isteri ke arah pembentukan keluarga bahagia:
- Ilmu pengetahuan
- Ekonomi yang stabil
- Akhlak yang mulia
- Beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Sekian terima kasih.

Tuesday 22 April 2014

Sambungan Kisah..........

Teks  :  Hamidah  Saat

Alangkah sedih serta sayu kami mendengar permintaan daripada ibu Zalehar. Kami membaca yassin bersama sambil air mata kesedihan mengalir di pipi. Walau bagaimanapun kami tetap meneruskan hingga ke akhirnya. Abah Din juga turut serta membacakan surah yassin buat isteri tersayang, ibu Zalehar. Ibu Zalehar tidak banyak bercakap pagi itu, tetapi beliau sering memberitahu nenek Hendon datang meziarahinya. Nenek Hendon adalah ibu kandung kepada ibu Zalehar yang juga pesakit barah payudara.

Ibu Zalehar akan memberitahu kepada semua anak-anaknya kedatangan nenek Hendon. Pagi yang meninggalkan seribu kenangan itu memang tidak akan saya lupakan buat selamanya. Saya telàh diberitahu oleh bibik Ina yang najis ibu Zalehar sudah bercampur darah. Saya memberitahu Abah Din mengenainya. Abah Din seperti tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengarnya. Abah Din memanggil seluruh ahli keluarga dan adik-beradik ibu Zalehar berkumpul di rumah. Denyutan nadi di kaki ibu Zalehar sudah tidak dapat dirasakan lagi. Walau bagaimanapun kami tetap membawa ibu Zalehar ke hospital untuk rawatan doktor seterusnya.

Semasa saya dan Bibik Ina menukarkan kain ibu zalehar bahagian pehanya telah ditumbuhi bintik-bintik merah. Doktor pernah berpesan yang bintik-bintik merah itu menunjukkan salur darah telah pecah dan darah cuba keluar melalui liang roma. Ya Allah! Masyaa Allah betullah apa yang doktor katakan. Kami saling berpandangan tetapi ibu Zalehar tetap tenang dan mulutnya tidak lepas dengan ucapan Allah. Apabila ambulan sampai saya menemani ibu Zalehar ke hospital. Setibanya di sana doktor memanggil semua ahli keluarga dan meminta kami semua bertenang dan redha atas ketentuan Allah. Ahli keluarga diminta tidak meninggalkan ibu Zalehar dan diminta membacakan surah yassin untuknya.

Lebih kurang waktu asar ibu Zalehar menghembuskan nafas yang terakhir dengan kalimah terakhir "ashaduallah illaa hailauallah waashaduanna muhamaddar rosulullah". Saya, Adik Raihan, Bibik Ina dan Mak Melah menyaksikan saat-saat terakhir ibu Zalehar. Beliau pergi dengan tenang sekali. Semoga ibu Zalehar ditempatkan di surga Mu Ya Allah bersama-sama orang lain yang beriman. Alfatihah. Kehilanganmu sukar untuk dicari ganti wahai ibu mertuaku, ibu Zalehar....... Sekian untuk kali ini.

Sambungan kisah.......

Teks : Hamidah Saat

Ibu zalehar akan sentiasa memberitahu anak-anak dan ahli keluarga tentang perubahan yang berlaku pada dirinya. Walaupun begitu ibu zalehar masih boleh tersenyum dan bergurau bersama anak-anak dan cucu. Diketika ini ibu zalehar masih boleh makan seperti biasa. Beliau makan apa yang dihidangkan oleh anak-anak. Kami makan bersama, tetapi lidahnya tidak dapat merasakan kenikmatan masakan yang dimakan. Deria rasanya sudah berkurangan dan lidahnya bertukar warna kepada kehitaman. Berat badannya terus berkurangan dari sehari ke sehari.

Beliau sewaktu sihatnya memakai baju size L atau XL, tetapi kebelakangan ini telah bertukar ke size S atau M. Sehinggalah pada suatu hari ibu zalehar benar-benar lemah dan terlantar di atas katil. Beliau tidak lagi makan nasi tetapi sejenis susu yang hanya menggunakan tiub terus Ke salur makanan di tubuhnya. Percakapannya juga sudah tidak jelas didengar dan sukar difahami bunyinya. Ibu zalehar juga sudah memakai lampin pakai buang untuk membuang najisnya. Awalnya beliau merasa malu untuk diuruskan oleh anak-anak,tetapi lama-kelamaan beliau sudah dapat menerima hakikat bahawa beliau tidak berdaya untuk mengurus diri sendiri.

Abah Din telah mengupah seorang pembantu rumah warga Indonesia untuk mengurus dan menemani ibu zalehar semasa anak-anak keluar bekerja. Ibu zalehar sudah sering kali keluar masuk hospital. Terkini barah sudah menyerang tulang dan hati ibu zalehar. Dalam diam barah terus menyerang keseluruh bahagian badan. Sebab itu barah dipanggil "silent killer", membunuh mangsanya secara senyap dan perlahan. Doktor sudah berpesan sekiranya najis yang keluar sudah bercampur darah bermaksud saluran darah sudah pecah, aliran darah tidak sempurna kerana gangguan barah. Jika darah tidak dapat mengalir lama-kelamaan saluran darah akan pecah.

Setelah 2 malam saya dan suami bermalam di rumah ibu zalehar, kami mengambil keputusan untuk pulang menjenguk anak-anak yang kami tinggalkan bersama pembantu rumah. Ibu zalehar kini ditemani oleh anak-anak yang lain. Lebih kurang jam 6 pagi kami mendapat panggilan talipon yang ibu zalehar tidak tidak menunjukkan sebarang tindakbalas. Selepas solat subuh kami bergegas ke rumah ibu zalehar. Perasaan kami tidak karuan ketika itu. Sampai di sana kami terus meluru ke dalam bilik ibu zalehar. Kami memanggilnya beberapa Kali, ibu zalehar menyahut tanpa membuka mata. Ibu zalehar meminta kami membacakan surah yassin untuknya. Alangkah sedih........

Suka Duka Pesakit Barah Payudara.

Teks : Hamidah  Saat

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger semua. Catatan saya kali ini lebih kepada pengalaman saya bersama pesakit barah payudara. Setiap kesakitan yang dirasakan hanya nama Allah yang diulang-ulang dan dipanggil. Mungkin dengan cara itu dapat meredakan sedikit kesakitan yang dirasakan. Cuba anda rasakan sakit bengkak susu yang sering dialami oleh ibu-ibu dalam pantang. Bagaimana??. Ya Allah! hanya Allah sahaja yang mengetahui. Telentang salah, mengiring salah dan semuanya tak kena.

Ibu zalehar mendapat barah payudara tahap ke-4, yang lebih dikenali tahap kritikal. Doktor pakar mengesahkan ibu zalehar hanya mampu bertahan untuk dua bulan sahaja. Ibu zalehar menerima dan redha diatas penyakitnya yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ibu zalehar masih boleh memberikan senyuman kepada anak-anak dan saudara-mara yang datang menziarahinya samada di hospital atau di rumah. Beliau benar-benar tabah menerima dugaan dari Allah s.w.t. Ya memang benar senyuman dapat mengurangkan rasa sakit dan dapat memberi semangat untuk terus melawan penyakit yang sedia ada. Ibu zalehar terus berperang dengan penyakitnya. Berbagai jenis ubat menjadi makanan hariannya terutama pil killer. Jika tidak beliau pasti tidak dapat menanggung kesakitan.

Walaupun begitu ibu zalehar mempunyai cara tersendiri agar kelihatan ceria dan cantik selalu. Beliau akan mengenakan pakaian yang indah-indah dan berdandan rapi walaupun hanya duduk di rumah. Beliau tidak mahu kelihatan seperti orang sakit. Itulah theraphy diri namanya. Ahli keluarga akan turut ceria dan bahagia melihat keadaannya. Beliau tidak sedikit pun menunjukkan kerisauan di wajahnya. Beliau menjalani rawatan kemotheraphy dan radiotheraphy di hospital JB dan KL. Abah Din akan menghantar ibu zalehar membuat rawatan. Kekadang terpaksa bermalam di KL kerana ibu zalehar terlalu lemah untuk dibawa pulang selepas rawatan. Perkara seperti ini sering berlaku kepada pesakit yang menjalani rawatan kemo atau radiotheraphy.

Alhamdulillah setelah beberapa kali barulah ibu zalehar biasa dengan kedua-dua keadaan. Rawatan demi rawatan dilakukan seperti yang telah dijadualkan dan ditetapkan oleh pihak hospital. Perubahan ketara apabila rambut dengan mudahnya gugur dan dalam jumlah yang banyak sekali. Isi kuku mula berubah warna kepada kehitaman. Ini adalah kesan pengecutan dan pembakaran sel-sel barah.

Kisah selanjutnya akan saya sambung di catatan akan datang.

Tuesday 15 April 2014

Kambing Untuk Aqiqah

Teks  :  Hamidah Saat


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger semua. Semoga hari ini lebih baik dari
hari-hari sebelumnya dalam apa jua perkerjaan yang anda lakukan. Insaa Allah.


Di sini saya juga ada menyediakan KAMBING UNTUK DIBUAT AQIQAH. Keterangan lanjut mengenai adalah seperti di bawah ini :


Jenis kambing  :  bebiri australia

Umur                :  Setahun lebih

Harga               :  RM 850 termasuk kos penghantaran di sekitar Johor Bahru, Kulai, Skudai, Simpang
                            Renggam dan Pontian.

Kos masak       :  RM 200 jika diperlukan.

Sebarang urusan atau pertanyaan boleh terus whatsapp kepada 017 7286191. Terima kasih

Matematik Iman ; 1 Nisbah 1000

Teks  :  Hamidah Saat


Kisah Benar 2


Seorang ahli perniagaan menabung wang untuk tujuan memperkukuhkan modal bisnesnya. Besar sekali
impian dan cita-cita mahu melihat perniagaannya berkembang maju. Dengan berdikit-dikit dia berjaya
mengumpul sejumlah RM19,000.00 di dalam akaunnya. Dengan simpanan itulah diharapkan dapat menjadi persediaan bagi sebarang kemungkinan di dalam dunia perniagaan.


Suatu hari, pihak surau di taman perumahannya berhadapan masalah kewangan bagi tujuan pembaikan
tempat ibadah itu. kerja-kerja baik pulih perlu dilakukan segera, apatah pula memandangkan bulan
Ramadhan yang hampir tiba. Memasuki bulan Ramadhan, sudah tentu surau itu akan meriah dengan pelbagai aktiviti ibadah. Hasil mesyuarat memutuskan anggaran kos pembaikan surau mencecah RM19,000.00. Dari mana mahu mendapatkan wang sebanyak itu dalam tempoh yang segera?. Keadaan
surau tidak memuaskan, bulan pesta ibadah sudah hampir tiba sedangkan wang yang diperlukan  masih
tidak mencukupi.


Masalah yang menjadi beban AJK surau itu turut difikirkan oleh ahli perniagaan yang sedang merancang-rancang membesarkan perniagaan dengan wang simpanannya. Jiwanya bergelut hebat; antara
keinginan untuk menderma dan kerisauan memikirkan bajet penambah baikan perniagaannya. Setelah
berfikir dan membuat pertimbangan, simpanan RM19,000.00 dikeluarkan daripada akaun dan diserahkan sebagai derma(sedekah) surau. Berkat sumbangan itu, jemaah dapat menunaikan solat terawih dengan selesa. Selang beberapa bulan, dia benar-benar terkejut kerana syarikatnya berjaya
terpilih dan memenangi tender terbuka bernilai sembilan belas juta ringgit!.


RM19,000.00 yang didermakan telah membawa 'pulangan keuntungan' daripada Allah s.w.t. berjumlah
RM19 juta. Habuan penuh berkat di dunia, sebelum menerima pahala di hari akhirat yang sudah pasti dalam jumlah lebih besar lagi.


Cermin ajaib : Doa malaikat setiap pagi.... "Ya Allah, jadikanlah bagi orang yang berderma gantian!".

Matematik Iman ; 1 Nisbah 1000

Teks  :  Hamidah Saat


Kisah Benar 1

Pada satu hari,seorang kontraktor berhenti solat di sebuah masjid.Dia sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di utara tanah air.Dia mengambil sedikit masa berehat di ruang belakang masjid.Di sudut sebelah sana masjid,kelihatan anak-anak kecil leka belajar mengaji al-Quran. Daripada
pakaian yang kusam dapat diagak anak-anak itu daripada keluarga yang susah. Apa yang kaya pada mereka hanyalah kesungguhan dan nur iman yang beradu di wajah. Semua itu meruntun perasaan simpati dalam dada kontraktor itu. Sampai waktu rehat,anak-anak tersebut keluar berderu ke gerai kecil di luar
masjid. Lelaki ini turut pergi ke gerai tersebut.


"Ambillah.......petang ni pak cik belanja," ucap lelaki itu separuh berteriak kepada anak-anak yang berkerumun di muka gerai. Tak payah menunggu lama,pelawaan itu cukup menjadikan petang itu begitu
bermakna.....anak-anak itu makan sepuas hati."Encik, semua sekali RM34.70," kata peniaga gerai mengira harga makanan.

Kontraktor itu pun menyerahkan sejumlah wang seperti yang diberitahu oleh peniaga gerai kecil itu.
Kemudian berlalu untuk meneruskan perjalanan, meninggalkan di belakangnya wajah-wajah riang; seronok kerana dapat makan percuma. Mereka kembali menyambung mengaji. Selang beberapa minggu
kontraktor pemurah itu tadi dikejutkan dengan satu berita yang cukup besar buat dirinya. Dia terkedu. Dia berjaya mendapat satu projek bernilai RM347,000.00. Kelu lidah daripada sebarang bicara; hatinya menangis sedang meneroka kebesaran Allah Yang Maha Pemurah.


RM34.70 keluar dari dompetnya.... RM347,000.00 menderu masuk sederas angin kencang! Subhanallah.........


Cenderahati Perkahwinan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger semua. Anda memerlukan cenderahati atau doorgift untuk diberikan kepada para tetamu jemputan.Saya juga ada menyediakan beberapa jenis doorgift sebagai pilihan.Anda boleh membuat tempahan terus kepada saya di talian 017-7286191 / 012-7579060.

Monday 14 April 2014

SUSU MAKANAN PERTAMA DI DUNIA

Ini kerana setiap ibu menghasilkan susu yang tidak sama antara satu sama lain kerana antibodi, hormon,vitamin-vitamin dan garam mineral di dalam setiap susu ibu berbeza antara satu sama lain bergantung kepada keperluan bayi tersebut. Ajaib!sungguh ajaib jika difikirkan tentang proses pembentukan susu.Tiada kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi canggih yang boleh memproses darah merah serta zat-zat makanan menjadi susu putih.Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t.Yang Maha Mencipta.Daripada darah merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu bercampur dengan zat-zat makanan dari usus,kemudian diproses di kilang yang amat kecil berupa kelenjar-kelenjar di payudara ibu,seterusnya berupaya menghasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali. Semasa merawat kanak-kanak di klinik-klinik,biasanya kita akan mudah mengecam kanak-kanak yang diberi susu ibu daripada susu formula.Amat jelas dan ketara perbezaan mereka.Kanak-kanak yang menggunakan susu ibu kelihatan lebih sihat,aktif dan cepat berkembang,selain kulit mereka tegang dan licin.Namun kanak-kanak yang menggunakan susu formula biasanya kelihatan lemah dan pasif,malah kulit mereka biasanya menggerutu dan kendur.Hidung mereka biasanya tidak kering-kering dengan hingus sehingga kulit sekitar lubang hidung menjadi kemerah-merahan.Malahan mereka biasanya mempunyai banyak rekod perubatan kerana sering diserang penyakit seperti demam, selsema,batuk,cirit-birit dan jangkitan paru-paru. Penggunaan susu selain daripada susu ibu sudah tentu tidak dapat memenuhi keperluan seseorang bayi kerana banyak kandungan susu ibu yang tidak terdapat dalam mana-mana nutrisi yang lain. Contoh yang paling mudah ialah antibodi,iaitu agen untuk melawan serangan kuman. Majalah solusi keluaran tahun 2011 sebagai bahan rujukan tulisan saya.

Sunday 13 April 2014

SUSU MAKANAN PERTAMA DI DUNIA

Assalammualaikum buat rakan blogger yg budiman.Syukur alhamdulillah di pagi Ahad ini terbuka hati saya untuk menulis dan berkongsi sesuatu dengan rakan semua.Rasanya tidak terlalu awal untuk mengucapkan ribuan terima kasih kpd rakan yg sudi membaca. Sungguh ajaib bukan jika kita fikirkan tentang pembentukan susu.Tidak terdapat langsung mana mana kilang yang mempunyai teknologi canggih yg boleh memproses darah merah serta zat zat makanan menjadi susu putih.Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t.Yang Maha Mencipta. Apabila lahir sahaja seseorang bayi ke dunia,dia mesti menyesuaikan tubuh badannya dengan alam kehidupan yang baru.Semasa di dalam kandungan,segala perlindungan dan bekalan makanan telah diberikan oleh ibunya melalui rahim dan juga plasenta(uri).Namun apabila dilahirkan,semua perlindungan tersebut telah terputus dan ia memerlukan sesuatu sebagai ganti untuk perlindungan diri mereka. SELEPAS DILAHIRKAN,TUGAS-TUGAS RAHIM DAN PLASENTA SEBENARNYA TELAH DIAMBIL ALIH OLEH MAKANAN PERTAMA YANG MEREKA MAKAN IAITU SUSU IBU. Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon di dalam badan ibu iaitu hormon prolaktin.Hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituitari di otak yang akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu.Semasa mengandung,hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin.Sebaik sahaja selepas bersalin,plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin pula terus meningkat.Peningkatan hormon ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seseorang bayi. Fenomena ajaib ini telah disusun oleh Allah s.w.t.supaya nutrisi yang sangat bernilai ini disediakan tepat pada masanya apabila bayi memerlukannya,iaitu sebaik sahaja selepas dilahirkan.Semasa di dalam kandungan,plasenta memainkan peranan untuk membekalkan segala nutrisi dan keperluan lain kepada bayi.Selepas dilahirkan,bayi akan terpisah dengan plasentanya dan Allah s.w.t. telah menggantikan dengan sesuatu yang baru sebagai sumber nutrisi mereka,iaitu SUSU IBU. Bagaimana darah merah menjadi susu putih?.Para saintis telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan satu formula nutrisi yang menyamai susu ibu,namun sehingga kini masih belum berjaya. InsaaAllah Saya akan sambung semula esok.Terima kasih untuk hari ini.

Wednesday 12 March 2014

Telur Pindang

Teks : Hamidah Saat 

Assalammualaikum buat sahabat semua. Produk pertama saya telur pindang untuk cenderahati perkahwinan. Kalau ada sahabat fb atau saudara mara yang akan melangsungkan perkahwinan dan berminat whatsapp saya di 0177286191. 






Tuesday 11 March 2014

Tat Nenas Sempit Hand Made

Teks : Hamidah Saat




 Tart nenas sepit handmade. 
Jika berminat whatsapp saya di 017 7286191.

Karipap Frozen

Teks : Hamidah Saat 

Karipap!karipap! karipap frozen kentang dan sadin pun merupakan produk pilihan customer offline saya. Kalau nak cuba untuk sarapan pagi atau minum petang whatsapp saya di 0177286191. Sekitar JB,Skudai,Kulai,Pontian.





Wednesday 26 February 2014

PENGENALAN DIRI

Salam syukur buat pembaca semua. Tidak pernah terfikir untuk berniaga semasa bergelar siswazah dahulu.Dalam fikiran hanya ingin menjadi seorang engineer yang berjaya dalam karier.Tetapi disebabkan sara hidup yang semakin meningkat saya cuba untuk berniaga.Bermacam jenis perniagaan kecil-kecilan yang telah saya lakukan seperti menjual kuih muih,roti dan beberapa masakan lain.Sehinggalah pads Oktober 2005 saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja. Saya memulakan perniagaan sebagai seorang pengusaha kantin kilang di JB.Pekerja di kilang tersebut antara 800 hingga 1000 orang.Berbagai karenah pelanggan yang harus saya terima dan layan untuk berjaya.Alhamdulillah berkat kesabaran,kesungguhan,semangat serta tunjuk ajar yang tidak putus daripada ibubapa mertua yang merupakan pengusaha kantin ketika itu.Akhirnya saya berjaya menguruskan kantin dengan baik.Saya juga mendapat sokongan kuat daripada suami,mak dan ahli keluarga.Terima kasih semua. Alhamdulillah syukur pada tahun 2011 saya dapat membuka restoran saya sendiri walaupun tidak begitu mewah. Tetapi saya am at bersyukur..Sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung restoran menambahkan semangat dan keazaman untuk mempelbagaikan produk makanan.Tetapi saya sangkakan panas hingga ke petang rupanya tidal.Walau bagaimanapun saya redha di atas ketentuan Allah. Akhirnya pada tahun 2012 saya mengambil keputusan untuk berniaga dari rumah sahaja.Saya memasarkan kuih muih moden dan tradisional serta makanan frozen.Produk keluaran saya pasarkan di kawasan berdekatan dan Singapura.Produk utama yang menjadi tarikan pelanggan ialah tart sepit nenas handmade.Saya masih lagi mengekalkan cara lama dalam pembuatannya. Di samping itu saya juga ada memperkenalkan produk cenderahati@doorgift untuk perkahwinan atau apa jua majlis keramaian.Sehingga ke hari ini saya masih lagi mencari kejayaan sebenar buat diri saya dalam perniagaan.Dugaan demi dugaan saya diuji tetapi saya tetap tidak berputus asa dan terus bangkit untuk berjaya.Alhamdulillah mak sentiasa mendoakan dan menyokong setiap perniagaan saya kerana saya percaya Allah akan berikan kejayaan itu buat saya nanti.Insaa Allah. 2014 memberi idea yang cukup besar dan berkesan buat saya.Dari perniagaan offline saya kembangkan secara online.Syukur sekali lagi saya diketemukan dengan Guru Anis Idayu Zakaria melalui facebook.Alhamdulillah Ya Allah kau datangkan seorang guru buatku agar aku memperolehi kejayaan yang kucari selama ini.Sekian salam pengenalan dari saya,Hamidah Saat